BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

^_^

(¯`v´¯)
`·.¸.·´
¸.·´¸.·¨) ¸.·¨)
(¸.·´ (¸.·´ (¸.·¨¯`

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ اارَّحِيم

Tuesday, November 9, 2010

kisah ini bukan untuk diratap kerana kamu tidak mahu bersedih akan perkara yang sudah berlalu.
cukuplah semuanya menjadi sebuah kenangan dan dinoktahkan disini.
****

malam itu indah kerana takdir tercipta di situ .
angin bertiup lembut meninggalkan getar di hati.
kamu menampar pipi saat mata tidak mahu pejam.
apa aku sudah jatuh hati?

awan comel berambal-ambalan di langit.
tersenyum melirik kamu yang tidak putus asa mendekati dia
ketawa saat kamu mencari seribu satu alasan untuk bertemu dia
cinta membuat manusia nampak bodoh dan sungguh tak logik!

kamu begitu teruja menceritakan dia
seakan satu dunia perlu tahu yang kamu suka dia
namun bila berdepan
kamu jadi kaku.

usah dibilang sudah berapa kali hati kamu hancur
namun kamu kutip serpihan-serpihan dan memaafkan dia
akal dan hati bergaduh besar kerna kedegilan kamu.
kamu jadi keliru.

segalanya terjawab pabila kamu dan dia berjauhan
dia terlupa yang kamu meredam rasa menanti khabar
satu malam yang sepi seakan mengerti petanda buruk
datang satu berita yang menghempaskan hati kamu ke batu langsung berkecai
kamu berteriak sekuat hati
kenapa perlu menanggung sakit sebegini!!!!

gigil kamu menggigil menulis nota
kamu menguatkan semangat untuk perjuangan di medan peperiksaan 2 hari lagi
hanya Tuhan yang tahu betapa berkecainya hati

kamu tidak mampu membenci dia kerna hati bakal bertambah sakit
bila kemaafan dihulurkan
hati kamu jadi sejuk dan pulih sekelip mata
memaafkan namun tidak mungkin melupakan
kamu bangkit dari perca-perca kekuatan yang bersisa

kamu lari sejauh mungkin dari dia.
selamat tinggal cerita cinta yang tak kesampaian
namun bila semakin jauh berlari
semakin dekat dia menghampiri.
kamu berteriak sekuat hati!!!!
mengapa begitu sukar melupakan semua?

maafkanlah kamu yang terpaksa menjauh
bukan kerna kecewa cinta bertepuk sebelah tangan
namun kamu tidak butuh melihat dia terkapai-kapai dalam hidup
kamu tidak mahu dituduh menceroboh privasi
kerna siapalah kamu dia hati dia
bagai halimunan di tengah ramai.

"apa yang ada pada aku hingga kamu menyukai aku?"
maaf, aku tiada jawapan untuk itu tetapi aku mahu bertanya,

"apa perlu mempunyai sebab yang kukuh dan konkrit untuk menyayangi kamu?"
walau hati selalu hancur
kamu selalu dalam doa.

awan gemulah berarak perlahan.
Angin bersimpang-siur menerobos ke jendela.
cahaya suram menyuluh sayu ke ufuk.
Patung beruang kenangan terbungkus dalam pembalut merah.
sepi di situ.

selamat tinggal cerita cinta yang tak kesampaian.

0 comments: